Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kenapa tidak dipanggil – panggil temuduga kerja kerajaan?
kerja oh kerja

Date:
Kenapa tidak dipanggil – panggil temuduga kerja kerajaan?
Permalink   


Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan

Ramai diantara kita yang rajin hantar borang untuk kerja dalam sektor kerajaan, tapi satu haram temuduga pun tak dipanggil. Korang rase kenapa? ape yang diorang nak sebenarnya? korang ni tak sukup bagus ke? tak cukup pengalaman ke? takde kabel ke? atau mungkin belum sampai rezeki untuk korang disana..Disini ade beberapa tips yang boleh korang baca Mengapa Saya Tidak Dipanggil-panggil Temuduga?


Untuk kerja kerajaan, terdapat beberapa sebab kita tidak dipanggil temuduga.


1. KESILAPAN DALAM MENGISI PERMOHONAN
===========================================
Ramai calon yang mengisikan borang permohonan dengan tidak melihat syarat dan kelayakan diperlukan untuk jawatan tersebut. Adakah sijil/diploma/ijazah mereka berkaitan atau tidak. Sebolehnya, mereka mohon seberapa banyak jawatan dalam sektor awam. Memang tiada masalah, tapi pastikan ianya mengikut keutamaan dengan kelayakan yang anda miliki.



2. JAWATAN YANG DIPOHON TIADA KEKOSONGAN
==============================================
Ya, jika jawatan tersebut kurang kekosongan ataupun langsung tiada, memang susah untuk dipanggil temuduga. Jawatan ada diiklankan, tetapi kekosongan tidak banyak. Jadi, sudah pasti yang dipanggil temuduga amat sedikit. Jawatan jawatan khas dalam badan kerajaan tertentu ada yang memerlukan staf yang ramai dan ada juga yang kurang. Contohnya, jawatan Pegawai/pembantu/pen.pegawai tadbir adalah satu jawatan yang amat popular yang diperlukan oleh semua kementerian/jabatan kerajaan. Jadi, kekosongan bagi jawatan ini memang tinggi berbanding yang lain.


3. PENDAFTARAN PEMOHON TELAH LUPUT TEMPOH SAHNYA
==================================================
Dah daftar lama dah, tapi bila tak dipanggil temuduga dalam setahun anda tak update. Dan masih menunggu panggilan temuduga. Ianya adalah mustahil. Apabila habis tempoh setahun, terus saja update pendaftaran/permohonan anda. Lebih baik ianya diupdate setiap 6 bulan (ni berdasarkan pemerhatian saya). Dengan cara ini, anda lebih mudah (bukan semestinya) untuk dipanggil temuduga. Dan satu lagi, jika anda baru saja habis menghadiri temuduga atau mendapat calon simpanan, seeloknya anda update pendaftaran/permohonan anda.


4. JAWATAN TERHAD, TAPI PERMOHONAN RAMAI
=========================================
Ini juga merupakan salah satu sebab utama mengapa anda sukar dipanggil untuk hadiri temuduga.  Permohonan begitu ramai, anda terpaksa bersaing. Pada masa ini, kelayakan anda menjadi taruhan. Maksudnya,  jika anda ada ijazah, cgpa akan dijadikan tapisan. Pemohon yang memiliki CGPA yang teratas akan dipanggil temuduga terlebih dahulu. Maksudnya, jika jawatan itu memerlukan 600 orang untuk ditemuduga, maka senarai calon yang 600 orang teratas dari CGPA  dari beribu ribu permohonan akan dipanggil temuduga terlebih dahulu. Tapi itu jika kekosongan terhad. Sekiranya kekosongan banyak, tiada syarat CGPA dikenakan. Mereka yang layak akan dipanggil temuduga.


5. KELAYAKAN SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH IPTS/IPTA/OVERSEA TIDAK DIIKTIRAF
============================================================
Jika kelayakan anda tidak kira samada dari IPTA,  IPTS mahupun Luar Negara, jika ianya tidak diiktiraf oleh JPA, memang anda tidak akan dipanggil temuduga. Jadi, pastikan kelayakan anda diiktiraf untuk memasuki sector awam. Tak tahu samda ianya diiktiraf atau tidak, semak di link ini http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp


6. TIDAK LEPAS PEPERIKSAAN KHAS
===============================
Ada untuk jawatan tertentu memerlukan peperiksaan khas atau ujian khas sebelum dipanggil temuduga. Jadi ramai juga yang tidak lepas peperiksaan ini. Ada ujian menguji pengetahuan, ada ujian fizikal dan ujian bakat. Jika berjaya lulus peperiksaan, baru dipertimbangkan untuk dipanggil temuduga pula. Bukan bermaksud berjaya peperiksaan kompem dapat temuduga. Untuk jawatan PTD, penguatkuasa, dan lain lain boleh dijadikan contoh.


Itulah antara sebab sebab utama kenapa kita tidak dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan. Mungkin ada beberapa sebab lagi, tapi ini rasenya cukup untuk korang paham..


Sebelum tu ade lagi tips untuk korang dapatkan iaitu ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan bagi mereka yang sedang membuat persiapan untuk ke temuduga kerja kerajaan.. Klik sini

salam,
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=8654agb



__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:
Permalink   

Assalamu`alaikum, bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba perniagaan yang mudah sila klik sini


__________________
Janakan Pendapatan Pasif Melalui Perniagaan Mudah


Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:
Permalink   

compare hotel and destinations overview


Hotel Deals | Discount Hotel | Travel Blog | Australia Tourist


__________________
Hotel Deals | Discount Hotel | Travel Blog | Australia Tourist
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard